Kepentingan Takaful kepada kelompok masyarakat berikut :
1. Penjawat Kerajaan
- Banyak sangat buat potongan gaji utk perabot, pinjaman, dan sebagainya. Gaji semakin sikit setiap bulan. Jika potongan gaji itu adalah untuk Simpanan pelaburan di Takaful, sekurang-kurangnya, ada satu saluran untuk menabung secara berdisiplin dengan pulangan dijamin pada masa akan dtg ditambah lagi pampasan perlindungan yang disediakan.
- Perkhidmatan di hospital awam adalah percuma, tetapi berbagai ragam seperti, kelewatan doktor memberikan rawatan, kecuaian doktor, tempoh menunggu lama dan lain-lain lagi karenah birokrasi yang sering kali berlaku apabila mengunjungi hospital dan klinik awam. Jika menggunakan kad perubatan, layanan first class dijamin di hospital swasta tidak kiralah setinggi manapun kos rawatan yang dikenakan, kerana semuanya ditanggung oleh syarikat Takaful dan Insurans.
2. Pekerja sektor swasta
- Selalu mengatakan ada perlindungan insurans berkelompok. Sebenarnya insurans berkelompok tidaklah memberikan perlindungan yang tinggi jika berlaku sesuatu musibah. lagipun tiada pulangan keuntungan pelaburan, ditambah lagi, jika berhenti daripada pekerjaan itu, tiada lagi perlindungan. Sedangkan jika dari mula-mula bekerja mengambil Insurans hayat atau takaful keluarga, telah wujud berapa lama tempoh perlindungan dan tempoh matang yang menjamin perlindungan maksimum dan tetap walaupun bertukar pekerjaan.
- Selalu juga mendakwa ada KWSP dan Socso sudah memadai. Tidak sebenarnya. Ada masanya jika hendak keluarkan KWSP untuk membeli rumah, komputer dan sebagainya yang dibenarkan, sudah tentu jumlah dalam akaun KWSP telah berkurangan. Maka, tidak ada akaun khas lain untuk tujuan persaraan. Tiadalah apa yang perlu diharapkan semasa hari persaraan nanti melainkan bersara untuk bekerja semula. Kerjalah sebagai peniaga nasi lemak kecil-kecilan, pegawal keselamatan, tukang kebun sekolah dan lain-lain lagi sehinggalah sakit dan ajal menjemput diri..KWSP kalau ada pun terkumpul tanpa disentuh sehingga tempoh pengeluarannya nanti, telah terbukti mengikut fakta, hanya boleh bertahan untuk 3 tahun sahaja. Selepas itu?
3. Bekerja Sendiri (Usahawan)
-Apabila keuntungan demi keuntungan diraih, sentiasa berasa selesa dengan keuntungan, kesihatan badan yang dialami ketika itu. Maka, seperti hari-hari mendatag pun jangkaan itu tersemat di fikiran. Tetapi, malang tidak berbau, musibah dan ujian Tuhan pada bila-bila masa sahaja, sekali ianya datang, simpanan bertahun-tahun hasil keuntungan perlu dikorbankan, perlu berhempas-pulas mencari lebih banyak keuntungan untuk menampung rawatan ahli keluarga yang sakit dan terlantar dihospital. Jika masih tidak cukup, terpaka meminjam, ataupun ikhitar terakhir meminta sumbangan ikhlas orang ramai....Walhal segala kekusustan ini boleh diatasi dengan bajet serendah RM100 sebulan sekurang-kurangnya jika digunakan bajet itu kepada Takaful yang diambil.
Fakta :
- 3.3 % kaum bumiputera yang mempunyai perlindungan takaful
- 2 daripada 5 penduduk Malaysia menghidap Obesiti
- Penyakit jantung adalah pembunuh no 1 di Malaysia.
- Setiap 2 minit di Malaysia, kemalangan berlaku
- Jenayah tidak pernah pupus di Malaysia.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi di talian 0176096209 En Zul ( Assistant Unit Manager - Ing Public Takaful Ehsan ) @ 0122188501 ( En Bobby - Ing Public Takaful Ehsan )
Email : takaful.conqueror@gmail.com