Monday 30 January 2012

Pelancaran Investment-link Medical rider di Corus Hotel




Perlancaran Produk Investment-link Medical rider di Corus Hotel di rasmikan oleh CEO ING PUBLIC Takaful Ehsan En. Saiful Yazan Ahmad. Perlancaran produk rider (produk mengikut kesesuaian pemegang polisi) kelima yang diperkenalkan Takaful Ehsan menerusi kumpulan tawaran syarikat takaful keluarga adalah untuk memenuhi kehendak pengguna Islam yang inginkan khidmat berasaskan Syariah 
Islam bagi bidang perlindungan perubatan.


Perlancaran ini dihadiri para GAM dari Agensi di serata Malaysia seperti 2 nama besar dalam industri Insuran dan Takaful iaitu En Adnan ( Nur Eilham agensi ), En Nurzihan 
( Nur Ehsan agensi ) dll. Termasuk juga agen-agen terpilih menghadiri majlis perlancaran ini. Turut serta memeriahkan majlis ialah para media dan wartawan

ING Public Takaful Ehsan Bhd (Takaful Ehsan) yakin mampu menguasai 10 peratus kepentingan pasaran takaful dalam tempoh tiga tahun lagi berbanding dua peratus ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saiful Yazan Ahmad berkata, keyakinan itu berdasarkan pelbagai strategi ampuh yang direncanakan syarikat antaranya mempelbagaikan produk dan memperkukuhkan segmen pasaran runcitnya.

“Ketika ini kami hanya memegang antara satu dan dua peratus kepentingan pasaran industri (takaful) kerana segmen runcit kami baru bermula beberapa bulan lalu.

“Meskipun hanya mempunyai kepentingan pasaran kecil ketika ini, kami yakin mencapai sasaran pegangan pasaran sebanyak 10 peratus menjelang 2015,”katanya pada sidang media selepas melancarkan Investment-Linked Takaful Medical Rider (ILT-Med) di Kuala Lumpur, semalam.

No comments:

Post a Comment